Wednesday, October 2, 2019
Essay example --
Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) ataupun lifelong learning bukanlh merupakan satu perkara yang asing lagi dalam sistem pendidikan negara ekoran daripada perubahan persekitaran baru di mana sekotor ekonomi pada sekarang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi menjadi keutamaan. Justeru itu, institut pendidikan guru hendaklah menerapkan nilai pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran untuk berfikir pada aras tinggi (KBAT). Budaya ilmu ini sangat penting, oleh itu, pengamalan budaya membaca dalam kalangan guru pelatih telah lama dipraktikkan oleh warga IPG malah ia sudah menjadi sebahagian intipati budaya oleh IPG. Di samping itu pelajar-pelajar di IPG bukan sahaja diterapkan dengan nilai pembelajaran sepanjang hayat sahaja, malah guru-guru pelatih di IPG juga telah dilatih untuk meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga akan memberikan impak maksima kepada pelajar keraana persekitaran pembelajara n yang kondusif akan memudahkan para pelajar untuk lebih cekap dalam menimba ilmu. Oleh itu, bakal guru yang menuntut di IPG juga diajar dengan pelbagai jenis dan kemahiran mengajar untuk menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Contohnya, penggunaan alat bantu pengajaran telah memudahkan lagi kerja guru dalam menyampaikan pengajarannya dan kaedah melakukan kerja dalam kumpulan juga telah mewujudkan suasana yang seronok untuk belajar dalam kalangan pelajar. Dengan ini guru bukan sahaja melahirkan insan yang berilmu tinggi malah mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat agar modal insan yang dihasilkan kelak akan dapat memacu kegemilangan negara sehingga ke peringkat global. Hal ini adalah sangat wajar kerana... ...dunia juga bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan negara agar kita dapat mempellopori perubahan dan kemajuan dinamis iaitu pembangunan tenaga manusia, kecemerlangan budaya fikir dan pembangunan teknologi dan sains. Jika system pendidikan disusun dengan dirangka dengan telus dan terbaik, maka negara kita akan dapat mengurangkan lagi kadar buta huruf yang berlaku kepada pelajar terutamanya kepada mereka yang bersekolah di kawasan luar bandar. Pendidikan bertaraf dunia juga merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaik kualiti pendidikan negara agar ia dapat dilonjakkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara-negara maju yang lain, pendidikan juga merupakan salah satu langkah penting untuk mengangkat martabat dan status Malaysia salam dunia pendidikan di peringkat global.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.